1 April 2011
Hari ini semua guru unit perpustakaan dan media bermesyuarat untuk memutuskan beberapa perkara berkaitan program dan pembangunan melibatkan PSS. Antara idea yang dilontarkan termasuklah projek untuk mewar-warkan PSS di laman maya, yang kandungannya nanti bertujuan memberi hebahan kepada semua warga sekolah dan pembaca di seluruh DUNIA!.
Pn. Ganga selaku `bos` kami mencadangkan hebahan ini di website, tetapi saya secara peribadi lebih sukakan blog kerana beberapa kelebihan. Saya rasa yang paling saya suka kerana jika kita memuatnaik gambar, pilihan untuk melihat kepelbagaian aktiviti lebih jelas dan besar berbanding gambar di website yang terpaksa di`compress`kan.
Bagaimanapun, semuanya bergantung kepada berapa banyak sumbangan berita yang tiba, lebih-lebih lagi `masa senggang` yang dimiliki oleh moderator.Maklumlah, sebagai moderator, saya juga punya tugas hakiki untuk dilunasi setiap hari. Saya bermohon kepada Allah agar diberi kekuatan dan kesempatan yang banyak untuk mengkhabarkan hebahan tentang PSS dan sekolah juga. Walaupun tajuk blog ini Pusat Sumber Sekolah yang memberi konotasi `perpustakaan`, saya kira apa saja perkara bermanfaat boleh kita kongsikan bersama agar kita tidak menyempitkan skop peranan perpustakaan itu yang selama ini hanya sinonim dengan buku sahaja.
akhirul kalam, jangan malu dan segan, hubungi saya untuk apa saja persoalan anda. semoga kita bergerak laju seiring ledakan maklumat yang kini hanya di hujung jari.
selamat berfikir, menulis, membaca.
-moderator-
0 comments:
Post a Comment